RESUMO
Sabah contributes 4.2 million hectares to the total Heart of Borneo (HoB) areas. Some of the forest reserves in the HoB are newly gazetted as Totally Protected Forest. Hence, their mammal diversity has to be comprehensively documented. This study aims to record the presence of terrestrial mammal species, and assess the prevalence of poaching in selected forest reserves within the Sabah HoB area. A total of 15 forest reserves were surveyed within a 5-year timeframe which recorded 60 terrestrial mammal species, including 21 Bornean endemics. The variation in total enumerated mammal species in the study sites may be derived from unequal sampling efforts, geographical factors and anthropogenic influences. The intensity of poaching within the study sites is high. Though this study is a rapid assessment, it created baseline information for mammal diversity in some of the least studied forest reserves in Sabah, important for conservation of its terrestrial mammals.
Sabah menyumbang 4.2 juta hektar kepada keluasan kawasan Heart of Borneo (HoB). Beberapa hutan simpan dalam kawasan HoB baru sahaja diwartakan sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya. Justeru, kepelbagaian mamalia dalam kawasan hutan simpan tersebut perlu didokumentasi secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan merekod kewujudan mamalia daratan dan menilai kelaziman aktiviti pemburuan haram di hutan simpan terpilih dalam kawasan HoB di Sabah. Sejumlah 15 hutan simpan telah ditinjau dalam tempoh masa lima tahun. Sebanyak 60 spesies mamalia daratan termasuk 21 spesies endemik di Borneo telah direkodkan. Perbezaaan jumlah spesies mamalia yang direkod di hutan simpan terpilih mungkin disebabkan oleh ketidaksamaan usaha pensampelan, faktor geografi dan tekanan antropogenik. Intensiti pemburuan haram dalam kawasan kajian adalah tinggi. Walaupun kajian ini hanyalah tinjauan pantas, namun ia menghasilkan maklumat asas kepelbagaian mamalia dalam hutan simpan yang kurang diterokai serta menunjukkan kebergunaan pendekatan tinjauan pantas dalam memulihara mamalia daratan.