Your browser doesn't support javascript.
loading
First Report on Wild Ginger (Family: Zingiberaceae) Species Composition with New Records in Limestone Forests of Kelantan, Peninsular Malaysia.
Appalasamy, Suganthi; Arumugam, Nivaarani; Zamri, Nor Syahaiza Ahmad; Fadhlina, Anis; Kumaran, Jayaraj Vijaya; Subramaniam, Sreeramanan.
Affiliation
  • Appalasamy S; Institute of Food Security and Sustainable Agriculture, Universiti Malaysia Kelantan, Jeli Campus, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia.
  • Arumugam N; Faculty of Earth Science, Universiti Malaysia Kelantan, Jeli Campus, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia.
  • Zamri NSA; Faculty of Earth Science, Universiti Malaysia Kelantan, Jeli Campus, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia.
  • Fadhlina A; Faculty of Earth Science, Universiti Malaysia Kelantan, Jeli Campus, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia.
  • Kumaran JV; Institute of Food Security and Sustainable Agriculture, Universiti Malaysia Kelantan, Jeli Campus, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia.
  • Subramaniam S; Faculty of Earth Science, Universiti Malaysia Kelantan, Jeli Campus, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia.
Trop Life Sci Res ; 33(3): 33-46, 2022 Sep.
Article in En | MEDLINE | ID: mdl-36545056
Halia hutan (Famili: Zingiberaceae) mempunyai taburan habitat yang luas. Kajian mengenai tumbuhan herba yang berbau harum ini kurang dilakukan di kawasan hutan batu kapur Malaysia. Kajian ini telah mengenal pasti komposisi spesies halia, menentukan status pemuliharaan spesies halia yang telah dikenal pasti, serta membandingkan taburan spesies halia di beberapa hutan batu kapur di Kelantan. Kajian ini juga dilakukan kerana kekurangan kajian intensif yang memfokuskan halia hutan di hutan batu kapur Malaysia, terutamanya di negeri Kelantan, sehingga kini. Pemerhatian terhadap spesies halia hutan telah dilakukan di empat hutan batu kapur di Kelantan. Gua Ikan dan Gua Setir telah merekodkan 16 spesies halia semasa pemerhatian tersebut dengan 12.5% spesies yang bertindih. Gua Setir merangkumi 61.5% spesies halia berbanding Gua Ikan. Secara keseluruhan, 13 spesies (81.25%) halia yang dikenal pasti telah dinilai berdasarkan Red List of Threatened Species oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN). Sebanyak tiga spesies halia telah disenaraikan sebagai spesies high conservation value (HCV) iaitu Zingiber aurantiacum, Zingiber petiolatum dan Zingiber wrayi. Ketiga-tiga spesies ini telah dikenal pasti di lembah kars Gua Setir. Kajian ini telah memberikan rekod spesies yang telah dikemas kini serta rekod baru bagi spesies halia hutan di kawasan batu kapur di Kelantan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa setiap hutan batu kapur terdiri daripada gabungan spesies halia yang berbeza. Oleh yang demikian, usaha pemuliharaan dan pengurusan mampan yang dilakukan pada masa kini di hutan batu kapur akan membawa kepada perlindungan jangka panjang untuk tumbuhan halia. Tambahan pula, tumbuhan halia hutan juga boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong untuk hutan batu kapur di kawasan rekreasi.
Key words

Full text: 1 Collection: 01-internacional Database: MEDLINE Language: En Journal: Trop Life Sci Res Year: 2022 Document type: Article Affiliation country: Malasia Country of publication: Malasia

Full text: 1 Collection: 01-internacional Database: MEDLINE Language: En Journal: Trop Life Sci Res Year: 2022 Document type: Article Affiliation country: Malasia Country of publication: Malasia